Satu ketika kau bertemu kekusahan,
Dugaan adalah tetamu utamamu,
Kau gagahi dirimu melayani tetamumu sebaik mungkin,
Namun, apakan daya, setakat ini sahaja sahaja kemampuanmu,
Hanya setakat itu kudratmu dan itu yang kau fikirkan,
Namun kau paksa dirimu untuk terus cekal,
Kau terus berhadapan dengan dugaan kerana janji Allah,
Bahawa setiap kesusahan ada ganjarannya,
Disebalik setiap titis air mata yang gugur, pasti diiringi dengan senyuman kebahagiaan.
Itu menjadi sebab kekuatan itu hadir,
Kau cekal menanti dalam hujan,
Demi menunggu indahnya pelangi yang muncul untuk mewarnai kehidupanmu.
Tersenyumlah wahai hati, itu yang dipinta, jangan ditangisi akan kesedihan yang telah berlalu pergi.
Kesatlah air matamu, percayalah senyuman sedang berusaha mengukirkan dirinya di bibirmu,
Senyuman yang bakal menghiasi wajahmu adalah senyuman penuh keikhlasan beserta kebahagiaan.
Ku pinta, walaupun senyuman itu tidak terukir setiap waktu,
Tetapi ia akan sentiasa hadir tanpa jemu sehingga akhir hayatmu,
Aku juga berharap air mata yang mengalir seterusnya,
Disebabkan hadirnya kebahagiaan dan dan merupakan air mata kesyukuran.
Aku tau engkau kuat, Aku tau engkau hebat,
Kerana itu, engkau berada dalam list idolaku,
Percayalah, setiap hambaNya berhak bahagia,
Oleh itu, Ya Allah, permudahkanlah urusan dia,
Kebahagiaannya adalah permintaanku,
And she deserved to be happy,
I'am writing this with You in my mind, my beloved sister without any family ties,


No comments:
Post a Comment