Alhamulillah sudah 16 hari kita menyambut tetamu mulia iaitu Ramadhan,
Sudah 16 hari juga kita menjalani ibadah puasa, sudah lebih separuh perjalanan kita,
Bagaimana perjalanan ibadah kita kali ini,
ada pengisian mahupun kesunyian tanpa sapaan-sapaan santapan jiwa.
Kalau kita tak sempat ketempat-tempat ilmu,
apa kata kita membaca, kerana saya penah terbaca
"Pada buku ada berkat dan adab-adabnya dan yang paling penting,
pada buku itu mengalir semangat dan pengorbanan yang besar daripada penulis, penyunting dan penjual, itu usaha mereka."
Dengan buku juga kita boleh mengembara dengan hati.
Terbaca satu penulisan yang menyentap jiwa, penulisan kali ini hanyalah sekadar perkongsian
hasil pembacaan daripada buku IKHTILAT SEMANIS COKLAT.
Tajuk:Pandangan Dua Mata
Penulis:Nur Iffah Binti Muhammad Hairi
Pasar Duka,
Menggugur Derita,
Pipih Dalam Kegerunan,
Saban Detik Menanti Fajar,
Resah Merengsa Atma,
Menggogoi Merindu,
Pada Pemilik Masa Lalu.
Medan Politikus,
Yang Menghimpit Santun,
Mendusta Waras Akal,
Bernafsu Tanpa Kecukupan,
Aku Melihat Kerakusan Insan,
Merangkul Segala Kemahuan,
Kutanyakan Kemanusiaan,
Katanya Seni Kekuasaan.
Dalam Remuk Redam,
Zahir Batinku Terseksa,
Bukan Lagi Jernih Air Mata,
Tapi Darah Hitam Yang Kukesati.
Bukan Kumahu Simpati,
Kutahu Syurga Menanti,
Tapi Kejahatan Itu Harusku Ranahkan,
Hapus MUsnah Kezaliman,
Ku Tak Rela Biarkan,
Walau Seringan Debu Yang Tinggal
No comments:
Post a Comment