Setiap orang ada masalah @ dugaan sendiri,
Cara berhadapan dengannya juga berbeza bagi setiap orang,
Tapi yang penting adalah cara tafsirannya,
Samaada ianya menjadi Masalah ataupun dugaan @ ujian.
Masalah...,
Satu perkara yang buat diri rasa tertekan dan terbeban
Dugaan...,
Ia ujian, membuat diri kuat untuk berhadapan dengannya,
Berusaha menangani dan jika tiada penyelesaian,
Terimalah dengan Redha, InShaa Allah bukan beban yang dirasakan.
Ujian Allah adalah mengikut kemampuan hamba-hambaNya,
Allah tidak akan menguji jika hambaNya tidak mampu menanganinya.
Ujian juka adalah tanda kasih sayang Kau kepada kami,
Agar kami tidak lupa dan sentiasa mengingatiMu.
Maafkan aku Ya Allah, sekiranya aku lupa untuk bersyukur dan tidak Redha akan ujianMu,
Aku terima, aku belajar untuk kuat, tapi apakan daya aku hamba yang lemah
Acap kali aku alpa dan kalah, Aku sering lupa untuk mengingatimu,
Tapi Kau membuatkan aku kembali mengingatiMu dengan dekatkan aku kepada sahabat-sahabatku yang bermasalh dan mendengar luahan hati mereka,
Dalam aku memberi dorongan dan kata-kata kekuatan, Kau suntikkan kesedaran pada hatiku,
Aku sedar aku telah jauh dan hatiku telah kering dek suntikan keseronokan dunia,
Aku alpa dan dingin kepada orang-orang penting yang Kau hadirkan dalam hidupku,
Ya Allah, Kau berikanlah kekuatan kepadaku agar terus yakin dan kuat untuk menjadi insan yang berguna kepada keluargaku, Aku mahu jadi insan bukan sekadar manusia.
Kuatkanlah hatiku agar jadi anak yang solehah dan lembut serta lebih mengutamakan kedua ibu bapaku melebihi aku mengutamakan diriku sendiri. Selfless and not selfish.
Ya Allah, anugerahkanlah aku ciri-ciri anak yang solehah, taat,
lembut, menyenangkan hati kedua ibu bapaku. Aku tidak menyenangi
diriku ini, aku tidak mampu untuk menjadi sebaik-baik anak buat kedua ibu bapaku.
Apakah yang harus aku lakukan? Hitamkah hatiku ini? Keraskah hatiku ini?
Adakah ini semua sebab aku terlalu jauh dari darimu, menyimpangkah aku dari laluanMu.
Rintihan hambaMu,
HambaMu yang mengimpikan hati yang bersih dan murni.
Desebalik setiap dugaan ada manisnya,
Percayalah, Allah tidak hanya menurunkan hujan tanpa
menganugerahkan pelangi sebagai ganjaran pabila hentinya hujan.
No comments:
Post a Comment