Monday, May 9, 2016

Tangisan Langit, Jernihan bewarna Merah


Langit Menangis,
Dianggap usaha menjernihkan bumi,
Langit menangis, 
Berharap agar bunga kuntum semula,
Itu pemikiran typikal semata-mata

Tapi, fahamilah
Di atas bumi para pejuang, Syria yang penuh penderitaan serta pengorbanan,
Apa yang terjadi pada tangisan langit,
Pabila menyentuh bumi, bukan lagi jernihan putih tetapi menjadi jernihan bewarna merah,
Jernihan yang cuba untuk menyucikan tanah Syria agar menjadi bersih dari merahnya darah,
Sayangnya jernihan merah tangisan tubuh para pejuang tak penah berhenti mengalir,
Menjadi pemutus harapan kepada sang langit untuk menjernihkan tanah yang berdarah,
Malah tangisan sang langit menjadi saksi pengorbanan para pejuang,
Serta menjadi bukti agama Allah jangan dipijak,
Itu dia pegangan utama pewira-pewira agama Allah.

Angkuh Sombong,
Saudara seagamaku yang bertaburan di serata tempat di tanah bumi hijau milikNya,
Apa jadi pada mereka yang tidak menyaksikan,
Fenomena tangisan langit yang jernih bertukar menjadi lautan merahnya darah,
Yang diwarnakan dengan tangisan tubuh para pejuang,
Apa jadi pada mereka,
Apa respon mereka,
Berhentilah menunggu reaksi manusia yang angkuh sombong, 
Yang matanya hatinya telah ditutupi duniawi semata,

Mereka tidak merasa, "abaikan sahaja" katanya
Mereka tidak lalui, "biarkan sahaja" katanya,
Mereka tidak mengetahui, diam menjadi penutup bicara,
Akhirnya jadilah mereka jahil dalam berkehidupan,
Hidup seperti biasa tanpa simpati dan empati,
Matinya akar pejuang dalam setiap hati sehingga terhasilnya hati yang angkuh sombong,
Jadilah mereka ini seperti sebatang pokok yang kering,
Hanya hidup dengan akar tanpa ranting, daun dan buah,
Kerana apa, kerana mereka memuuskan semua sumber makanan mereka,
Itulah dia semangat sayang akan agama serta saudara seIslam,

Hilanglah, Hilang segalanya
Hilang Saudara,
Hilang silaturrahim, 
Hilang perasaan,
Hilang perikemanusiaan,
Terputus hubungan saudara seIslam yang telah dpertahankan oleh Nabi serta para Sahabat satu ketika dahulu,
Robohlah dinding yang melindungi Agama Allah,
Maaf, kerana aku antara salah seorang yang angkuh sombong,
Aku punya hati yang semakin mati, 
Ayuh kita hidupkan kembali hati yang mati,
Tapi tidak ku tahu caranya, carilah, jangan jahil, 
Kerna itu juga ahli keluargamu tanpa darah yang sama tapi punya Allah yang sama, Nabi yang sama serta kiblat yang sama.

Allahuakhbar..., 

Titipan buat diriku, beringat la wahai hati

No comments:

Post a Comment