Ujian...
Ya Allah, begitu hebat aturanMu pada diri
ini hari ini,
Tidak kunafikan kekadang sememangnya diri
ini meminta diberikan ujian,
Seingatnya diri ini mahu menguji diri
sendiri sehingga ketahap mana diri ini mampu untuk menerima ujianMu dengan
redha dan berlapang dada,
Ternyata diri ini masih tidak mampu untuk
melenyapkan masalah hati terhadap insan lain,
Hari ini, ujian dariMu hadir satu demi
satu,
Diri ini telah berusaha untuk meredakan perasaan tetapi hanya disebabkan assumption sendiri terhadap seorg insan lain, diri ini terus melempiaskan rasa
marah, Astaghfirullah,
Ampunkanku Ya Allah, mungkin diri ini telah jauh dariMu tanpa
kusedar,
Akan ku muhasabah diri serta meneliti kembali kelemahan-kelemahan
diri ini serta berusaha memperbaikinya…
Alhamdulillah, dengan hadiah dariMu ini, diri ini akan sentiasa
mengingatiMu,
Alhamdulillah, dengan hadiahMu ini, diri ini sedar akan kealpaan
diri padaMu serta sedar akan kekurangan bersyukurku dan mengingatiMu,
Alhamdulillah, dengan hadiahMu ini, diri ini sedar yang diriku
terlalu lalai pada duniawi ini…
Terima Kasih Allah, Alhamdulillah
nice sharing
ReplyDeletedone follow your blog
blogwalking di sini
jom singgah dan follow blog sy di:
http://cikhafizahnurani.blogspot.com/