Wednesday, March 19, 2014

Ujian...

Ya Allah, begitu hebat aturanMu pada diri ini hari ini,
Tidak kunafikan kekadang sememangnya diri ini meminta diberikan ujian,
Seingatnya diri ini mahu menguji diri sendiri sehingga ketahap mana diri ini mampu untuk menerima ujianMu dengan redha dan berlapang dada,
Ternyata diri ini masih tidak mampu untuk melenyapkan masalah hati terhadap insan lain,

Hari ini, ujian dariMu hadir satu demi satu,
Diri ini telah berusaha untuk meredakan perasaan tetapi hanya disebabkan assumption sendiri terhadap seorg insan lain, diri ini terus melempiaskan rasa marah, Astaghfirullah,
Ampunkanku Ya Allah, mungkin diri ini telah jauh dariMu tanpa kusedar,
Akan ku muhasabah diri serta meneliti kembali kelemahan-kelemahan diri ini serta berusaha memperbaikinya…

Alhamdulillah, dengan hadiah dariMu ini, diri ini akan sentiasa mengingatiMu,
Alhamdulillah, dengan hadiahMu ini, diri ini sedar akan kealpaan diri padaMu serta sedar akan kekurangan bersyukurku dan mengingatiMu,
Alhamdulillah, dengan hadiahMu ini, diri ini sedar yang diriku terlalu lalai pada duniawi ini…

Terima Kasih Allah, Alhamdulillah 

1 comment:

  1. nice sharing
    done follow your blog
    blogwalking di sini
    jom singgah dan follow blog sy di:
    http://cikhafizahnurani.blogspot.com/

    ReplyDelete