Maaf dan ampun kupinta,
Wahai ibu, wahai ayah, wahai keluargaku sekalian,
Kamu adalah anugerah Ilahi kepadaku, terima kasih kerna sentiasa ada bersamaku saat susah dan senang,
Terima kasih Emak atas segala pengorbananmu sedari kecil hingga dewasa, memboncengku kemana jua dengan mengayuh basikal kemana sahaja aku inginkan walau keletihan menyapa, tapi dikau tetap gagahi demi anakmu ini.
Walau sekarang dengan tubuhmu yang kecil yang tidak sebertenaga seperti dulu, dikau tetap kearahku untuk tolong menggalas barang-barang anakmu ini tika anakmu ini pulang kerumah semasa cuti datang menjelma. Maafkanku Emak, bukan diri ini tidak mahu dibantu tetapi aku tidak mahu dirimu letih dan tidak mahu menyusahkanmu tetapi caraku kurang menyenagkanmu dari segi penolakan bantuanmu itu kerana anakmu ini kurang sensitif dalam menjaga hatimu,
Maafkanku Emak, saat diriku ingin menyediakan juadah, dirimu ingin membantuku tetapi anakmu ini tidak memberimu melakukan apa-apa, maafkan ku, bukan niatku ingin melukakanmu atau mengetepikanmu atau mahu dirimu berfikir yang dirimu tidak mampu berbuat apa-apa, malah anakmu ini tidak mahu kamu keliru tentang apa yang harus dirimu lakukan tika membantuku atas faktor kesihatanmu...
Anakmu ini tahu, bahawa dirimu ingin merasakan bahawa dirimu mampu membantu tetapi anakmu ini tidak mahu dirimu mengalami masalah fikiran dan keliru seandainya dirimu tersalah melakukan sesuatu pekerjaan,
Maafkanku Emak kerana kadang kala, reaksi mukaku juga melukakanmu, diri ini mengaku bahawa teramat sukar untuk ku mengajar diriku agar mengekalkan senyuman dan tidak memaparkan wajah yang mempamerkan rasa dihati kerana keletihan tapi ia sememangnya sukar bagiku, bahkan hati anakmu ini terlalu mudah terpengaruh hasutan syaitan sehingga mengabaikan perasaanmu, maafkan ku, tapi akan ku latih jua agar diriku tidak lagi melukakanmu dan akan ku didik hati ini untuk melaynmu seperti mana dirimu penat melayan karenahku sedari kecil hingga dewasa..,
Anakmu akui, didunia ini sememangnya betullah fakta yang mengatakan hati ibu adalah yang paling tabah mengharungi dugaan hidup... Wahai Emak, maafkanlah segala kesalahan anakmu ini...
Anakmu ini terlalu banyak kelemahan dan kelemahanku ini sering kali meninggalkan duka pada hatimu,
Maafkan diriku Emak, sesungguhnya anakmu ini teramat menyayangimu tetapi tidak tahu bagaimana untuk menyalurkan rasa sayang itu dengan cara yang boleh membuatmu bahagia. Ya Allah, bantulah Emakku, permudahkanlah urusan ibadahnya kepadaMu...
Aku sayang Emak, Emak tempatku meluah rasa, Emak tempat aku bermanja, Emak tempat aku meminta pendapat, Emak tempat aku belajar, dan Emak adalah orang yang melahirkanku ke dunia ini...
Tanpamu Emak, aku tidak akan melihat dan menikmati nikmat pemberian Allah....,
Terima Kasih Emak.....