Pengorbanan bersulam keikhlasan,
Berkorbanlah perasaan diri demi sebuah ikatan persahabatan,
Berkorbanlah ego demi mengikat semula tali silaturrahim,
Berkorbanlah tenaga demi menyemai rasa sayang dalam bersahabat,
Berkorbanlah masa demi mengajar diri dalam bersilaturrahim dan berukhuwah dengan cara yang lebih berhemah dan lembut...
Maafkan diri ini seandainya tidak mampu memahami perasaan sahabat-sahabatku...
Tetapi aku akan berusaha untuk menghargai semua insan yang hadir dalam hidup ini walaupun hanya sekadar datang bertandang...
Ya Allah, ingatkanlah aku agar sentiasa menghargai kehadiran insan dalam hidupku ini serta menjaga setiap perhubungan dengan teratur dan berhemah...
Sayang Sahabat,
Sayang Keluarga,
Sayang Mak Ayah,
Sayang Rasulullah,
Sayang Allah.
Amin Ya Rabbi...
Sunday, February 23, 2014
Tutur kata dari jiwa,
Jagalah percakapan, berkatalah dengan lebih lemah lembut tutur katanya, dan bertuturlah dengan ayat yang lebih berhemah,
Tidak mudah untuk mengeluarkan kata-kata yang disenangi dan disukai oleh semua, jadi, didiklah diri untuk menjadi lebih sensitif akan perasaan orang lain dan lebih menjaga cara percakapan serta tutur kata,
Kata-kata boleh menghasilkan dua kesan, sama ada, orang yg menerimanya menerimanya dengan baik disebabkan ayat yg kita gunakan dapat memberi impak pada jiwanya,
ataupun orang tersebut tidak menerima malah tidak menyukai diri kita disebabkan tutur kata yang disampaikan menggores dan tidak bersesuaian dengan jiwa nya,
Tidak semua berkemahiran dalam menyampaikan sesuatu yang disukai ramai,
Oleh itu, didiklah diri kita agar mengeluarkan ayat-ayat yang berhemah dan menyejukkan hati orang yg ingin disampaikan,
Bagaimana, melalui pembacaan buku-buku, dan yang penting Al-Quran...
Perbanyakkan Al-Quran, membantu kita untuk meng'organize' tutur kata yang lebih baik dan lembut...
Ya Allah, ingatkanlah aku dalam mengawal tutur kataku,
Ya Allah, ingatkanlah aku untuk aku sentiasa menuturkan kata-kata yang berkhemah serta tidak melukakan hati sesiapa,
Ya Allah, jauhkanlah aku dari melupakanMu...
Monday, February 17, 2014
Panggilan Allah,
Tadi di radio Ikim Fm terdengar satu cerita yang membantu diri ini mengingati kematian,
Seorang sahabat dan rakan sekerja di radio itu telah dipanggil Allah pada usia yang muda,
Pada usia 38 tahun, beliau telah kembali kepada Penciptanya pada satu kemalangan,
Semasa menunggang motosikan untuk ke tempat kerja, tayar sebuah lori telah mengenainya,
Beliaun kembali kepada Pencipta ditempat kejadian itu juga...
Apa yang kita sedari dan pengajaran apa yang kita ambil dari perkongsian itu,
Selagi kita masih diberi peluang untuk bernafas, hargailah nyawa kita,
Dengan waktu yang kita ada, isikannya amalan-amalan yang meberikan kita persediaan
untuk menghadapNya,
Bukan mudah untuk bersedia malah mungkin mustahil bagi diri ini untuk menghadapi kematian,
Tetapi keajaiban Allah itu ada, hari ini kita takut dengan kematian tetapi
dengan izinNya dan berkat usaha kita untuk menghadapinya tidak mustahil kita boleh berlapang dada
dan bersedia menerima panggilan Allah itu pada bila-bila masa...
Bersedialah dengan amalan,
Besedialah dengan keyakinan,
Dan bersedialah dengan redha akan takdir Ilahi
Ya Allah, Dekatkanlah aku kepadaMu...
Bantulah aku untuk mendekatkan diriku kepadaMu...
Alhamdulillah aku masih diberi kesempatan untuk memperbaiki diri...
Saturday, February 15, 2014
Maaf dan ampun kupinta,
Wahai ibu, wahai ayah, wahai keluargaku sekalian,
Kamu adalah anugerah Ilahi kepadaku, terima kasih kerna sentiasa ada bersamaku saat susah dan senang,
Terima kasih Emak atas segala pengorbananmu sedari kecil hingga dewasa, memboncengku kemana jua dengan mengayuh basikal kemana sahaja aku inginkan walau keletihan menyapa, tapi dikau tetap gagahi demi anakmu ini.
Walau sekarang dengan tubuhmu yang kecil yang tidak sebertenaga seperti dulu, dikau tetap kearahku untuk tolong menggalas barang-barang anakmu ini tika anakmu ini pulang kerumah semasa cuti datang menjelma. Maafkanku Emak, bukan diri ini tidak mahu dibantu tetapi aku tidak mahu dirimu letih dan tidak mahu menyusahkanmu tetapi caraku kurang menyenagkanmu dari segi penolakan bantuanmu itu kerana anakmu ini kurang sensitif dalam menjaga hatimu,
Maafkanku Emak, saat diriku ingin menyediakan juadah, dirimu ingin membantuku tetapi anakmu ini tidak memberimu melakukan apa-apa, maafkan ku, bukan niatku ingin melukakanmu atau mengetepikanmu atau mahu dirimu berfikir yang dirimu tidak mampu berbuat apa-apa, malah anakmu ini tidak mahu kamu keliru tentang apa yang harus dirimu lakukan tika membantuku atas faktor kesihatanmu...
Anakmu ini tahu, bahawa dirimu ingin merasakan bahawa dirimu mampu membantu tetapi anakmu ini tidak mahu dirimu mengalami masalah fikiran dan keliru seandainya dirimu tersalah melakukan sesuatu pekerjaan,
Maafkanku Emak kerana kadang kala, reaksi mukaku juga melukakanmu, diri ini mengaku bahawa teramat sukar untuk ku mengajar diriku agar mengekalkan senyuman dan tidak memaparkan wajah yang mempamerkan rasa dihati kerana keletihan tapi ia sememangnya sukar bagiku, bahkan hati anakmu ini terlalu mudah terpengaruh hasutan syaitan sehingga mengabaikan perasaanmu, maafkan ku, tapi akan ku latih jua agar diriku tidak lagi melukakanmu dan akan ku didik hati ini untuk melaynmu seperti mana dirimu penat melayan karenahku sedari kecil hingga dewasa..,
Anakmu akui, didunia ini sememangnya betullah fakta yang mengatakan hati ibu adalah yang paling tabah mengharungi dugaan hidup... Wahai Emak, maafkanlah segala kesalahan anakmu ini...
Anakmu akui, didunia ini sememangnya betullah fakta yang mengatakan hati ibu adalah yang paling tabah mengharungi dugaan hidup... Wahai Emak, maafkanlah segala kesalahan anakmu ini...
Anakmu ini terlalu banyak kelemahan dan kelemahanku ini sering kali meninggalkan duka pada hatimu,
Maafkan diriku Emak, sesungguhnya anakmu ini teramat menyayangimu tetapi tidak tahu bagaimana untuk menyalurkan rasa sayang itu dengan cara yang boleh membuatmu bahagia. Ya Allah, bantulah Emakku, permudahkanlah urusan ibadahnya kepadaMu...
Aku sayang Emak, Emak tempatku meluah rasa, Emak tempat aku bermanja, Emak tempat aku meminta pendapat, Emak tempat aku belajar, dan Emak adalah orang yang melahirkanku ke dunia ini...
Tanpamu Emak, aku tidak akan melihat dan menikmati nikmat pemberian Allah....,
Terima Kasih Emak.....
Friday, February 14, 2014
Ilmu kehidupan, Ujian Hadiah Allah
Buru dan carilah ilmu setiap waktu walau dimana jua kita bertapak,
Walau ilmu yang ditemui hanya dengan bergurukan seorang kanak-kanak, hargailah ilmu itu,
Kerana itu adalah ilmu kehidupan yang boleh mengajar kita cara menhadapi ujian mendatang.
Jangan mudah mengalah sebelum berjuang...
Ujian adalah penghapus dosa,
Sentiasa redha dengan ujianNya,
Insya-ALLAH Allah membantu,

Kita tidak pernah jangka, ilmu kehidupan boleh diajarkan kepada kita hanya dari seorang kanak-kanak,
Kanak-kanak yang berusaha mencari rezeki demi menampung kehidupan yang memerlukannya untuk bekerja dan mematangkan diri dari usia yang muda. Saat kanak-kanak ini memerah keringat, kanak-kanak seusia yang lain melalui kehidupan dengan bermain-main dan menikmati masa kecil tetapi kanak-kanak ini tidak berkesempatan melalui kehidupan yang menyeronokkan itu malah berusaha berjualan bekerja mencari rezeki,
Jikapun kita tidak merasai keperitan dan kesusahannya, ambillah ia sebagai pengajaran hidup, jangan mudah mengalah tika ujian datang bertandang,
Tika kita mengalami kesusahan atas ujian Allah, janganlah mudah putus harap,
Itu semua adalah demi mengingatiNya sentiasa, even kanak-kanak kecil boleh mengorbankan masa kecil dan nikmat kihidupan kanak-kanaknya, mengapa tidak kita...
Jangan mudah mengalah sebelum berjuang...
Ujian adalah penghapus dosa,
Sentiasa redha dengan ujianNya,
Insya-ALLAH Allah membantu,
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupanny. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakan dan dia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya. (Meraka berdoa), "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir."" (Al-Baqarah : 286)
Thursday, February 13, 2014
Cinta Anugerah Ilahi...
Tika hati berbicara tentang cinta, mulalah memasang impian seindah fairytale,
Seandainya mimpi mula terbina, berhentilah dan bertapaklah di alam nyata,
Tidak salah memasang impian, tetapi janganlah kita mengharapkan impian itu seharusnya tertunai,
Kerana sekiranya realiti tidak seindah impian yang dikarang, kita mungkin menidakkan dengan rasa kecewa,
Kecewa dengan kehidupan yang dijalani...
Tetapi percayalah, sekiranya segalanya dilakukan ikhlas kerana Allah,
Segala ujian yang diharungi akan dibalasi dengan redha Ilahi,
Tabahkan hati menerima ujian Allah, berusaha utuk ikhlas,
Kerana Destinasi yang ditujui adalah destinasi hakiki,
Yang dinamakan SYURGA..... Demi Mencari Redha Ilahi....

Pagi kurnian Ilahi.
Tika kelopak mata masih mampu dibuka, kalimah Alhamdulillah terucap dibibir...
Cahaya matahari yang menyinari bumi masih mampu menerangi mata, Alhamdulillah...
Udara segar yang berlegar di udara masih mampu menyentuh kulit, Alhamdulillah...
Badan kurniaan Pencipta masih mampu berfumgsi untuk bernafas dengan baik, Alhamdulillah...
Bunyi kicauan burung merupakan petanda nikmat pendengaran masih dikurniakan, Alhamdulillah...
Hati dan mulut berkesempatan mengucapkan Alhamdulillah adalah hadiah yang tidak ternilai, Alhamdulillah...
Jika dikira segala nikmat yang dikurniakan, akal fikiran tidak akan mampu menghitung walau saban hari berfikir...
Hargai dan gunakanlah nikmat-nikmat ini dijalan Allah sepanjang kita masih diberi kesempatan untuk menggunakannya...
Bismillah...
Pergilah kemana sahaja yang dibawa oleh Hati ini jika yang jalan yang dilalui ini adalah untuk mencari Redha Ilahi...
Hidup... ujian itu pasti.... ketabahan itu perlu.., tetapi jangan kita berasa perit dan memilih untuk berputus asa kerana Pelangi selepas Hujan adalah janji Allah....
Ujian demi ujian adalah untuk mendekatkan diri kepadaNya, Ingat lah Dia setiap waktu, ketika susah, senang dan sederhana kerana setiap nafas ini adalah pemberianNya....
Ya Allah Wahai Penciptaku, yang memegang nyawaku, dekatkanlah aku denganMu... Bantulah aku untuk mengingatiMu setiap waktu dan sentiasa bersyukur kerana masih diberi waktu untuk bernafas agar sentiasa dapat berusaha untuk mendekatkan diriku kepadaMu...
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah.... Wahai Penciptaku

Subscribe to:
Comments (Atom)